PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bermula pada Sabtu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menerusi kenyataan SPRM, inisiatif tersebut bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November,” katanya.
Bilik gerakan tersebut boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM 03-8891 1037, Pejabat SPRM Kuala Lumpur (03-9206 5195) Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318), Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446), Pejabat SPRM Melaka (06-289 6011) dan Pejabat SPRM Johor (07-231 6170).
Pejabat SPRM Perak 012-490 5986,Pejabat SPRM Pahang (09-571 6027), Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880), Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262), Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920), Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970), Pejabat SPRM Perlis (04-976 3982), Pejabat SPRM Sabah (088-488 381), Pejabat SPRM Sarawak (082-467 701) dan Pejabat SPRM Labuan (087-427 198).
Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi emel [email protected].
“SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya.
-Sinar Harian