Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Shahidan Dicabar Jawatan Ketua...

ARAU - Setelah lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua...

DBKL ‘Gengster’ Jalanan Sebenar,...

KALAU orang awam yang salah parkir, dah dapat agak untuk menerima 'surat cinta'...

Tapir Sesat Ditemui Mati...

KUALA LUMPUR - Seekor tapir mati dalam kejadian di Taman Desa Saujana, Batu...

KL High Street 2015...

SEBANYAK 24 jenama keluaran tempatan mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen berkonsepkan Street Wear...

PRU15: Sultan Johor Perkenan Cuti Ganti Ahad Ini

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjadikan 20 November ini sebagai hari cuti gantian bagi negeri ini sebagai penghargaan kepada rakyat yang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengumuman cuti ganti itu bertujuan menggantikan Hari Pelepasan Am pada 18 November, yang mana merupakan hari minggu di negeri ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri telah mengumumkan Hari Pelepasan Am pada 18 dan 19 November 2022 iaitu Jumaat dan Sabtu ini.

“Bagi Hari Pelepasan Am yang jatuh pada 18 November, setelah mendapat perkenan Sultan Johor, kerajaan negeri bersetuju menggantikannya dengan cuti gantian pada 20 November 2022 iaitu hari Ahad ini.


“Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, undi setiap penduduk Johor penting dalam memastikan proses demokrasi dan pembangunan negara terus berkembang.

“Ini adalah demi kesejahteraan hidup rakyat di Johor dan Malaysia amnya, melangkaui tempoh lima tahun akan datang,”katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori