Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Media Prima Harap Kekalkan...

KUALA LUMPUR - Media Prima Bhd berharap dapat mengekalkan pertumbuhan dua digit dalam...

Penyusutan Nilai Ringgit Tarik...

PUTRAJAYA - Penyusutan nilai Ringgit akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelajar...

4 Cabaran Lahirkan Rakyat...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengenal pasti empat cabaran utama sebagai wadah penting meningkatkan...

FIFA Tarik Balik ‘Gantung’...

BUENOS AIRES - Argentina mendapat suntikan semangat untuk layak ke pusingan akhir Piala...

PRU15: Tak Perlu Cuti Khas Di Sarawak

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak masih mempertimbang sama ada mahu mengisytiharkan cuti umum bagi negeri ini pada 18 November iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengisytiharan cuti umum terbabit perlu mengambil kira banyak perkara termasuk kesan terhadap ekonomi negeri dan tahap produktiviti.

“Mengisytiharkan cuti bermakna ia perlu diwartakan. Pewartaan cuti umum ini dilihat bukan sahaja menaikkan kos penggajian pekerja, malah menyebabkan berlakunya penurunan terhadap produktiviti dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Sarawakku Sayang, di Dataran Pekan Lingga, hari ini

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak tidak wajar memberikan cuti umum untuk sesuatu pilihan raya terbabit melainkan bagi perkara mendesak.

“Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan hari mengundi pada Sabtu ini iaitu 19 November,” katanya.


Pada 7 November lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan cuti umum khas itu dan pada Selasa lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.

Setakat ini, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang sudah mengumumkan pemberian cuti umum pada 18 November, manakala negeri ini dilaporkan masih mengkaji syor berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori