Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak: Arab Saudi,...

RIYADH : Dua pemimpin de facto Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

3 Ditahan Sebut ‘Bom/Bahan...

BERLIN - Tiga penumpang lelaki ditahan petang semalam di Cologne, Jerman selepas pesawat...

Kapal Israel Disekat Berlabuh...

PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak...

AirAsia Beri Respon Terhadap...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd memaklumkan telah menerima Surat Tuntutan Malaysia Airport Holdings...

PRU15: Tidak Wakili Majlis Profesor Negara Dan Semua Profesor – PM

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mewakili seluruh profesor di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, kenyataan mengelirukan itu juga tidak mewakili Majlis Profesor Negara yang akan membuat kenyataan nanti.

“Biasalah di dalam mana-mana pertubuhan pun ada menyokong ada yang tidak menyokong tetapi seperti yang saya sebutkan tadi tidak mewakili keseluruhan profesor negara.

“Malah saya bercakap dengan Presiden Majlis Profesor Negara (beliau menyatakan) itu bukan mewakili fikiran profesor,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong di sini hari ini.


Semalam media melaporkan Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud berkata, Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori