PETALING JAYA – UMNO Bahagian Tenggara hanya akan menghantar satu nama sahaja iaitu Datuk Seri Dr. Adham Baba untuk mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenggara, Nasaruddin Ahmad berkata, Adham Baba merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin pada masyarakat di kawasan Parlimen tersebut.
“Kami mengharapkan pihak atasan sama ada peringkat pimpinan BN dan UMNO untuk melihat perkara ini kerana inilah suara kami dan bukannya atas dasar untuk melobi semata.
“Warga Tenggara risau jika nama Adham Baba tidak dicalonkan ia akan menggugat kemenangan BN dalam PRU15,” katanya kepada sidang media petang tadi.
-Kosmo Online