Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ajar Anak Guna Kabel...

Kota Bharu - Seorang bapa hilang pertimbangan apabila sanggup memukul anaknya yang berusia...

Bayi Berusia Dua Bulan...

SEORANG wanita terkejut besar setelah melihat anak rakannya yang berusia dua bulan, bengkak...

Hujan, Air Pasang Besar...

SIBU - Hujan lebat pada sebelah pagi dan air pasang besar menyebabkan beberapa...

Hina Nabi: Lebih 3,000...

LEBIH 3,000 umat Islam turun beramai-ramai pada per­­himpunan aman membantah penghinaan ke atas...

Rafizi Bakal Dedah Pemimpin Politik Terlibat Skandal LCS

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mendedahkan nama pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwanya di belakang sebuah syarikat yang turut menerima bayaran dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) pada Khamis ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rafizi turut mendakwa, syarikat yang dinamakan dalam laporan audit forensik LCS sebagai JSD Corporation Pte Ltd itu turut melibatkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

“Muka surat 75 laporan tersebut memperincikan syarikat ini mendapat bayaran sebanyak RM1.36 juta sebagai bayaran khidmat teknikal dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV) sedangkan tiada bukti khidmat itu berlaku.


“Hubungan kroni ini bukan sahaja berkait Abdul Latiff tetapi siapa di belakang JSD Corporation, hubung kaitnya dengan tokoh-tokoh UMNO dan Bersatu serta penglibatan mereka dalam pelbagai skandal selama ini,” katanya ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada Selasa.

Sebelum ini, Abdul Latiff dilaporkan menafikan Zainab Mohd Salleh adalah isterinya yang dikaitkan dengan sebuah syarikat palsu, Alizes Marine Ltd.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori