Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bakal Pengantin Kerugian RM21,668...

SEPASANG bakal pengantin baru kerugian RM21,668 selepas ditipu satu sindiket yang menggunakan media...

BR1M Timbulkan Beban Kewangan...

PUTRAJAYA - Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan pembayaran Bantuan...

Beg HoldAll Terbesar Di...

SUNGAI PETANI - Beg HoldAll terbesar di dunia yang dihasilkan menggunakan 2,984 helai...

UCAM Teraju Bantu Golongan...

KUALA LUMPUR - Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama RISDA akan menerajui program...

Ronaldo Bakal Sertai Al Nassr

LONDON – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran bernilai £172.9 juta (RM923.39 juta) untuk menyertai kelab dari Arab Saudi, Al Nassr.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemain berusia 37 tahun itu ditamatkan kontrak oleh bekas kelabnya, Manchester United awal bulan lalu ekoran pendedahannya mengenai beberapa kepincangan yang berlaku di Old Trafford selain mengeluarkan dakwaan bersifat kontroversi terhadap beberapa individu termasuk pengurus pasukan, Erik Ten Hag.

Situasi itu menyebabkan Ronaldo terdesak untuk mencari pasukan baharu dan dilaporkan telah bersetuju untuk beraksi bersama Al Nassr dengan kontrak selama dua tahun setengah sekali gus menyaksikan dia bakal beraksi sehingga usia 40 tahun.

Sumber memberitahu, setakat ini hanya persetujuan lisan diberikan oleh kapten Portugal itu dan masih belum menandatangani sebarang kontrak kerana dia mahu memberikan tumpuan penuh kepada aksi Piala Dunia yang berlangsung di Qatar ketika ini.

Musim panas lalu menyaksikan Ronaldo telah dikaitkan dengan Al Nassr kerana mahu meninggalkan United yang gagal beraksi di Liga Juara-Juara, namun dia lebih berminat untuk menunggu tawaran dari kelab yang beraksi di Eropah terlebih dahulu.


Bagaimanapun, permintaan gaji yang terlalu tinggi menyebabkan tidak banyak pasukan yang bersedia untuk mendapatkan khidmatnya, namun kini terpaksa membuat keputusan menerima tawaran Al Nassr untuk memastikan dia terus beraksi dalam saingan kompetitif.

Al Nassr merupakan sebuah kelab yang dianggap palung berjaya di Arab Saudi apabila mendominasi saingan bola sepak negara itu sebanyak sembilan kali termasuk kali terakhir pada 2019.

Musim 2020 dan 2021, mereka gagal untuk menguasai Liga Arab Saudi, namun berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Super Saudi dan ketika ini dibimbing oleh jurulatih dari Perancis, Rudi Garcia yang pernah mengemudi AS Roma, Marseille dan Olympique Lyon.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori