Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3,631 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,631 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan...

Bicara Kes Rogol Paul...

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh sekali lagi menetapkan 19 Mac ini bagi keputusan...

959 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini mencatatkan 959...

Hukuman Mati Paling Tepat...

KUALA LUMPUR – Hukuman mati adalah hukuman terbaik untuk kesalahan membabitkan pengedar dadah...

‘Saya Tidak Akan Tinggalkan BN’ – Noh Omar

Tanjong Karang : “Walaupun tidak terpilih (sebagai calon), saya tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN). Inilah prinsip yang dipegang untuk terus kekal setia’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu ditegaskan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera BN P095 Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka, di sini, hari ini.

Noh berkata, beliau tidak akan berganjak daripada terus berjuang untuk terus menyokong BN.

“Sebagai ahli parti, saya akan terus setia dan kekal bersama dengan perjuangan BN yang selama ini telah banyak berjasa kepada negara.

“Besar harapan saya untuk melihat calon BN memperoleh kemenangan khususnya di Selangor.

“Insya-Allah, kita cuba yang terbaik dan berusaha memastikan jentera BN sedia dan terus kekal menyokong calon ditampilkan parti,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah beliau akan mengiringi calon BN Parlimen Tanjong Karang, Noh menegaskan beliau akan hadir untuk memberikan sokongan kepada calon berkenaan.

“Walaupun tidak mendapat pas kebenaran masuk ke pusat penamaan calon, saya bertekad untuk bersama-sama jentera memberikan sokongan moral kepada calon.


“Kalau tak dapat masuk dalam dewan pun tak apa, tetapi saya tetap datang beri sokongan.

“Kalau terpaksa duduk bawah pokok pun lagi senang,” katanya.

Untuk rekod, Noh menyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal sejak PRU-9 pada 1995.

Pada PRU-14, Noh mengalahkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi dan Nor Az Azlan Ahmad mewakili PAS dengan majoriti tipis 1,970.

Bagaimanapun, PRU-15 kali ini menyaksikan kejutan yang dibuat BN untuk Parlimen P095 dengan menampilkan muka baharu iaitu Datuk Habibah Mohd Yusof.

Habibah bakal menentang calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Siti Rahayu Baharin, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (BERSATU) dan Azlan Sani Zawawi (GTA).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori