Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Laungan Kemenangan PH Bergema...

KOTA BHARU - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa laungan Pakatan Harapan akan menang...

Ucapan Fahmi Di Masjid...

Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan...

Remaja Maut Kelar Tangan,...

SEORANG remaja lelaki nekad bunuh diri selepas kecewa dengan tindakan teman wanita yang...

Dialog Mufti Perlis, Presiden...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan beliau...

Selangor Sedia Bubar DUN Serentak Bersama 5 Negeri

SHAH ALAM : Selangor bersedia untuk melaksanakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak bersama lima negeri termasuk negeri yang dinaungi PAS selewat-lewatnya selepas Aidilfitri tahun hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perbincangan akan dilakukan bersama menteri besar negeri yang terbabit iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak.

“Kita pada asasnya bersetuju walaupun belum rasmi untuk bubarkan (DUN) bersama-sama.

“Ini sedikit sebanyak bagi menjamin pilihan raya yang lebih cepat dan sekiranya dibuat asing, kos akan bertambah.

“Bagaimanapun, kita akan tengok dulu keadaan (peringkat) Kerajaan Persekutuan, cuaca dan sebagainya (sebelum membuat keputusan pembubaran),” katanya ketika ditemui di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor, hari ini.


Ketika ditanya tarikh khusus bagi pembubaran DUN Selangor, Amirudin berkata beliau tidak boleh memberi bayangan setakat ini bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia dilaksanakan selepas Aidilfitri.

Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar pembubaran akan ditetapkan selepas perbincangan dilakukan bersama lima negeri yang terbabit.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor turut memaklumkan asas enam negeri termasuk Selangor tidak membubarkan DUN sebelum ini juga disebabkan ada perbincangan secara tidak rasmi mengenainya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori