Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Yeo Bee Yin Perlu...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar...

Anwar Berbuka Bersama Hampir...

KUALA LUMPUR - Bagi yang telah terlalu lama hidup berjauhan dengan keluarga, peluang...

Banjir Semakin Buruk, Mangsa...

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649...

Suami Kahwin Dua, Isteri...

MADU itu memang manis sekali, tapi bukan madu dalam rumah tangga! Ada ke...

Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion merangkumi RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM1.2 bilion atau 49 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Negeri Selangor berkata, mengambil kira jangkaan Hasil Negeri yang berjumlah RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.45 bilion, Belanjawan 2023 mengalami defisit berjumlah RM450 juta.

Katanya, defisit yang lebih tinggi berbanding tahun 2022 adalah bagi persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim serta penyediaan peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mapan negeri.


“Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2023 adalah Premium Tanah iaitu sebanyak RM753.72 juta bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan.

“Penyumbang kedua terbesar adalah hasil cukai tanah iaitu sebanyak RM570.51 juta bersamaan 29 peratus manakala penyumbang ketiga terbesar adalah daripada Pemberian Persekutuan iaitu berjumlah RM214.81 juta bersamaan 11 peratus,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori