Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tuah Warga Emas Dipelawa...

MINGGU lepas, Bill yang berusia 95 tahun telah menghubungi Radio Solent dan bercakap...

PM, TMJ Bincang Kemajuan...

JOHOR BAHRU -Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan...

Isu BAM, Vaksin Murid...

KUALA LUMPUR : Isu melibatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan cadangan mewajibkan vaksin...

IPD Kunak Berjaya Selesaikan...

KUNAK - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Ibu pejabat Polis ...

Semangat Kental Warga Emas Bantu Parti

Kuala Lumpur : Biarpun sudah berusia lebih setengah abad, sekumpulan warga emas yang juga penduduk Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai, di sini gigih mengerah keringat membantu parti keramat mereka, Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan mendapati mereka berkumpul dan bekerjasama menyiapkan kerja pemasangan bendera parti.

Ibu empat anak, Zailela Khaidzir, 58, berkata, dia mula terbabit dengan gerak kerja PRU sejak 1985 dan melakukannya kerana minat serta semangat cintakan kepada parti juga negara.

“Selepas penamaan calon, saya sudah terbabit dalam gerak kerja dekat khemah parti.

“Tugasan sudah diagihkan dengan lelaki panjat pasang bendera dan wanita pula ditugaskan pasang klip.

“Bagi saya, sumbangan untuk parti bukan hanya boleh diberi dalam bentuk duit tetapi juga tenaga,” katanya yang juga penyokong tegar BN.


Sementara itu, pesara, Mohd Zin Mahat, 67, yang juga Ketua Cawangan Umno Taman Bukit Angkasa berkata, gerak kerja pemasangan bendera sudah diatur sejak tiga hari lalu.

“Selepas penamaan calon, baru kita mulakan kerja pemasangan bendera.

“Di sini saja, ada 10 orang terbabit dan mereka terdiri daripada penduduk Flat Taman Bukit Angkasa dan juga penyokong BN,” katanya.

Empat calon akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-15.

Mereka adalah calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Ramlan Askolani (Barisan Nasional (BN), Fauzi Abu Bakar (Perikatan Nasional (PN) dan Dr Noor Asmah Mohd Razalli (Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori