Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Remaja Tidak Kesal Potong...

ISLAMABAD - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Pakistan yang memotong tangannya...

Lebih 20,000 Maut, 3...

MADRID - Lebih tiga bilion penduduk di seluruh dunia menjalani kehidupan berkurung, semalam,...

Belajar Dari Kesilapan, Afifah...

PENGALAMAN pahit semestinya akan memberi impak yang besar kepada diri kita, lebih-lebih lagi...

Sembilan Sekeluarga Dihanyut Kepala...

KEMAMAN – Identiti sembilan daripada 10 mangsa yang dikhuatiri lemas ekoran tragedi kepala...

Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Nahas Dua Kenderaan

PAPAR: Seorang maut, manakala tiga cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Kinabalu-Papar, dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Gana, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang dengan mangsa yang maut disahkan penumpang Perodua Aruz, Mohd Noh Hassan, 56.

Pemandu kenderaan, iaitu lelaki berusia 42 tahun dilapor parah, manakala seorang lagi penumpang iaitu lelaki berusia 31 tahun cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata 10 anggota termasuk pegawai bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan berkenaan.


“Terdapat tiga mangsa dalam Perodua Aruz dengan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah.

“Lelaki berusia 24 tahun yang juga pemandu Proton Satria cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori