Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rusia Pastikan Tiada Sebarang...

MOSCOW - Rusia akan mengambil semua langkah perlu untuk mencegah serangan pengganas dan...

Belum Terima Cadangan Projek...

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir menegaskan...

Hishammuddin Ulangi Sebab Tidak...

KLUANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan...

‘Balas Dendam’ Goreng Sawa...

PEKANBARU (Indonesia) - Seorang lelaki cedera parah di tangan selepas digigit seekor ular...

Siapa Jadi Penentu? BN Atau Blok Borneo?

PETALING JAYA : Tumpuan rakyat kini kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan ekoran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan Harapan (PH) menang 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula 73, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan Sabah (tiga), Parti Kesejateraan Demokratik Malaysia (KDM) (satu), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan Bebas (dua).

Maka, selain GPS dan GRS, BN menjadi penentu utama untuk mencukupkan angka majoriti mudah membentuk kerajaan Pusat.

Justeru, UMNO mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi (MT) hari ini bagi menentukan arah tuju politik Barisan Nasional (BN) sama ada terus bergerak sebagai pembangkang atau menjadi kerajaan bersama PN atau PH.

Bagaimanapun, kekuatan Warisan, KDM, PBM dan Bebas tidak boleh pandang rendah kerana sokongan amat diperlukan sama ada PH atau PH untuk mewujudkan sebuah kerajaan stabil.

Berdasarkan formula pertama iaitu jumlah 131 iaitu PN+BN+GRS+GPS iaitu PN (73 kerusi) dicampur dengan 22 daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam) serta BN (30 kerusi), maka amat cukup membentuk kerajaan Pusat.


Formula kedua adalah 119 diantara PH bersama BN untuk membentuk kerajaan.

Jika rundingan gabungan parti-parti politik untuk meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi ini berjaya, parti-parti yang setuju bergabung akan memutuskan satu nama yang dipersetujui untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri.

Maka, secara tidak langsung mungkin di antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi calon Perdana Menteri jika diperkenan oleh Seri Paduka.

Segalanya tertakluk kepada perkenan Agong di mana pelantikan Perdana Menteri merupakan budi bicara mutlak Seri Paduka.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori