Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKR Ingatkan Pembangkang Menang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan semua pihak bahawa kejayaan pembangkang...

Pesawat Tentera Udara Chile...

BANDAR MEXICO - Pesawat jenis C130 Hercules yang hilang dari radar telah disahkan...

Aidil, Safiq Umum Bersara...

JOHOR BAHRU - Kapten skuad Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan pemain pertahanan negara,...

Abu Mayat Sanjid Dilepas...

GEORGETOWN - Pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Sanjid Singh Sandhu, 41, 'disemadikan'...

Siapa Yang Melabur Dalam Invoke?

Jarang Timbalan Presiden PKR yang juga Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberi ulasan `short and simple’ dalam sesuatu isu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Apatah isu membabitkan dirinya memperoleh pelaburan saham kira-kira RM16.7 juta dalam Invoke Solution Sdn. Bhd. (Invoke) yang menjadi persoalan ramai.

Persoalan bagaimana Invoke yang aset bersihnya dilaporkan merosot kepada ​​-RM4.7 juta pada Disember 2021 tiba-tiba boleh menjadi positif RM17 juta?

Sekali gus memberi perolehan pelaburan besar kepada Rafizi sedangkan penyata untung rugi menyaksikan Invoke kerugian RM1 juta pada tahun 2020 dan kerugian lebih besar RM1.1 juta pada tahun berikutnya.

Jawapan ringkas Rafizi – kerana Invoke mempunyai dua anak syarikat dan penilaian syarikat juga merangkumi dua syarikat berkenaan yang mana sudah dijual.

Invoke secara bersendirian mencatatkan keuntungan sejak 2020. Keadaan itu didakwa menarik minat pelabur dan meningkatkan nilai saham Invoke pada 2022.

Intipati sebenar jawapan Rafizi tersebut adalah aset bersih Invoke yang dilaporkan merosot kepada ​​-RM4.7 tiba-tiba menjadi positif RM17 juta kerana menerima pelaburan.


Tahniah Rafizi dan Invoke, tetapi rakyat tertanya-tanya juga siapa pelabur yang gamaknya sanggup melabur sebanyak itu dalam Invoke yang prestasinya kurang memberangsangkan?

Pelabur yang muncul selepas ramai pihak termasuk Rafizi menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung tahun ini bukankah wajar juga diisytiharkan kepada umum?

Rakyat masih ingat International Republican Institute dari Amerika Syarikat secara terbuka mengaku membiayai usaha menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Bukan menuduh Invoke menerima pelaburan daripada badan bukan kerajaan dari negara asing tersebut.

Ia sekadar contoh yang menjadi kekhuatiran masyarakat Malaysia tentang peranan kuasa asing mahu mencorakkan kerajaan negara ini.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori