JOHOR BAHRU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru, hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam itu dibuat bersempena lawatan Perdanan Menteri ke negeri ini.
Turut berangkat sama pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu turun ke Johor bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, jam 2.30 petang.
-Berita Harian