Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Menteri Turun Padang...

BANDAR SUNWAY - Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada malam tadi mengadakan tinjauan mesra...

Polis Kenal Pasti Alamat...

BUKIT MERTAJAM - Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta...

“Tidak Adil Guan Eng...

KUALA LUMPUR – Arul Kanda Kandasamy menyifatkan adalah tidak adil untuk Menteri Kewangan,...

Najib Pengerusikan Mesyuarat MT...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan...

Tiada Dalam Manifesto, BN Tetap Komited Wujud Tiga Jawatan TPM

BAGAN DATUK : Pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap menjadi tawaran Barisan Nasional (BN) kepada rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak, walaupun tidak dimasukkan dalam manifesto parti tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah tawaran diumumkan awal yang tidak perlu dimasukkan dalam manifesto BN dilancarkan malam tadi.

“(Tiga jawatan TPM) itu saya sebutkan ketika Perhimpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Sabah, baru-baru ini.

“Ia adalah tawaran yang (sudah) diberitahu awal dan tidak dicatatkan dalam manifesto ini sebab sudah diumumkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi taklimat dan perbincangan bersama petugas Jalinan Rakyat (JR) serta Ketua Cawangan UMNO di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, BN akan melantik tiga TPM mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak jika parti itu kembali mentabdir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Pada hemat beliau, kerajaan baharu BN akan mewujudkan jawatan tersebut dengan portfolio kementerian yang ditentukan dalam Kabinet.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua calon BN bukan sahaja perlu memahami tetapi menghayati semua 99 aku janji parti itu dalam manifestonya.

Jelasnya, ia adalah prosedur standard yang ditentukan untuk semua calon BN kerana mereka yang memantau pelaksanaannya serta menerangkannya kepada pengundi di kawasan masing-masing.

Beliau memaklumkan banyak perubahan dilakukan dalam manifesto tersebut yang tidak pernah ditawarkan dalam PRU sebelum ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori