Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Teliti Data Sebelum Benar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti data teknikal serta klinikal berkaitan...

Trend ‘Dark Side’ Media...

KUALA LUMPUR - Menggunakan platform media sosial untuk memaparkan pelbagai perkara, sama ada...

Penyanyi Dihukum Penjara 6...

BINTANG pop Mesir, Sherine dihukum penjara enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan `berita...

Raja Muda Perlis Berangkat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi...

Tiga Meninggal Ketika Tunggu Giliran Mengundi – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dua kematian berlaku di Johor manakala satu di Kelantan.

“Tiga kejadian yang agak mendukacitakan yang mana pengundi ini ada masalah kesihatan dan meninggal dunia masa beratur untuk mengundi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di Kuala Lumpur, hari ini.

Acryl Sani berkata semasa proses pengundian hari ini, terdapat satu insiden terpencil melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun, yang juga pesakit mental, bertindak di luar kawalan dengan merampas sebotol dakwat dan menolak jatuh peti undi di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor.

Mengenai kejadian di Johor, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dalam kenyataan menjelaskan kedua-duanya adalah warga emas berusia 85 tahun yang meninggal dunia, masing-masing di pusat mengundi Parlimen Sembrong dan Parlimen Pulai, pagi tadi.

Menurut SPR, Sh Juhara Syed Mohamad meninggal dunia pada 9.30 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.


“(Pengundi) didapati mengalami kematian mengejut selepas mengundi dan mengalami sesak nafas.

“Pengundi tersebut didapati hadir ke saluran dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran tetapi ingin meneruskan pengundian,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Tuminah Ambiah pula meninggal dunia secara mengejut pada 10.21 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit Terk, Kluang.

“Warga emas itu meninggal dunia secara mengejut sebelum mengundi dan kematiannya disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di tempat kejadian,” menurut SPR Johor.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori