Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saya Tiada Produk Kecantikan...

PELAKON tinggi lampai Dynas Mokhtar mendedahkan pernah disapa oleh seorang peminatnya yang mengaku...

Terengganu Gugur Rancangan Naik...

SETIU - Kerajaan negeri Terengganu menggugurkan rancangan pembesaran landasan di Lapangan Terbang Pulau Redang (LTPR) kerana kos dan kesan kepada industri pelancongan marin di pusat peranginan itu.Menteri Besar,...

Kedai Makan Ada Tikus...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa bandar telah mengarahkan sebuah kedai makan di sini...

Indonesia Gantung 61 Penerbangan...

JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia semalam menggantung 61 laluan penerbangan tempatan yang dikendalikan...

Tok Pa Umum Tidak Pertahan Kerusi Parlimen Jeli

Kota Bharu : Penyandang Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan tidak mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Jeli.

“Keputusan ini dibuat antaranya selepas mengambil kira nasihat doktor mengenai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan saya untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang berkesan.

“Sehubungan ini, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua rakyat di kawasan Parlimen Jeli yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepanjang saya merencanakan agenda pembangunan sosioekonomi di Parlimen Jeli sejak tahun 1995.

“Sesungguhnya, saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini untuk mewakili rakyat di Parlimen Jeli,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.


Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut mengucapkan setinggi terima kasih kepada sahabat yang menganggotai Jemaah Menteri atas segala bimbingan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berada dalam barisan Jemaah Menteri.

“Terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan, penjawat awam Persekutuan dan negeri serta parti atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan ahli Parlimen,” katanya.

Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa menyandang kerusi Parlimen itu sejak 1995.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Pas, Mohd Apandi Mohamad, dalam PRU10 pada 1999 sebelum kembali memenanginya pada PRU11 (2004).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori