Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rosmah Bayar Ikat Jamin...

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa...

Mirip CR7, Pelayan Tendang...

DEMAM Euro 2016 melanda negara-negara Eropah. Tidak terkecuali, Sepanyol yang jadi juara bertahan...

SPRM Pahang Buat 18...

TEMERLOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai...

Najib Gagal Dalam Rayuan...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di...

WARISAN Intai 26 Kerusi Parlimen Di Semenanjung

PRU15 | Warisan akan mempertaruhkan 26 calon di kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon utama daripada parti itu ialah bekas presiden MCA, Ong Tee Keat, yang akan bertanding di parlimen Pandan.

Ong pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal.

Calon lain ialah bekas ahli DAP dan Gerakan, Jeff Ooi, yang merupakan ahli parlimen Jelutong selama dua penggal.

Pada PRU kali ini, Ooi akan bertanding di Parlimen kerusi Bayan Baru.

Bekas ahli Umno dan Adun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi pula akan menjadi calon Warisan di Alor Setar.


Sementara itu, bekas ahli parlimen Wangsa Maju dan Bukit Bintang, Wee Choo Keong, yang pernah mewakili PKR dan DAP, akan bertanding di Wangsa Maju atas tiket Warisan.

Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen pula akan mencuba nasib di Batu Kawan.

Warisan juga meletakkan penyandang ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong sebagai calon mereka di Ampang.

Lai keluar dari DAP pada April 2021 atas “sebab-sebab peribadi”.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori