Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dipenjara, Denda Guna Dokumen...

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, memerintahkan seorang pemandu bas dipenjara...

IPT Aceh Disaran Kolaborasi...

KANGAR - Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di Aceh disaran agar memperluas kolaborasi...

Gunung Semeru Di Indonesia...

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam...

Foto Pelik Rakaman Dron,...

HASIL foto dari sudut tinggi yang dirakam menggunakan drone menemui satu keadaan pelik...

Zahid Jamin Tiada Ahli Politik BN Akan Dilantik Bos SPRM

PRU15 | Barisan Nasional (BN) tidak akan melantik wakil rakyat atau ahli politik dalam kalangan mereka sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apabila berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata komitmen itu adalah signal jelas mereka, dalam usaha membanteras korupsi dan persepsi rasuah di dalam gabungan tersebut serta dalam kalangan masyarakat.

“Apabila BN menjadi sebuah kerajaan kuat (selepas PRU15), kita akan ambil tindakan kepada sesiapa sahaja termasuk dari BN atau mana-mana parti, yang melakukan korupsi.

“Itu saya jamin. Kita akan pastikan anggapan itu (BN penuh rasuah) tidak akan benar, apabila tidak melantik ketua pesuruhjaya SPRM dalam kalangan ahli politik. Badan itu akan betul-betul bebas. Tiada pilih bulu dalam tindakan terhadap mereka,” katanya.


Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan komuniti masyarakat Cina di Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini.

Dilapor Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan bagaimana BN dan Pakatan Harapan (PH) mahu membentuk kerajaan yang bersih, sedangkan terdapat calon pilihan raya gabungan itu masih mempunyai kes rasuah di mahkamah.

Ahmad Zahid berkata penghapusan korupsi akan menjadi komitmen BN dan bukannya retorik semata-mata, apabila badan itu akan diperhebat dari segi penguatkuasaan, pendakwaan dan siasatan secara lebih menyeluruh.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori