Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Maut, 40 Cedera...

BRUSSELS - Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 40 lagi cedera apabila sebuah kereta api...

Wak Doyok Dipanggil Polis

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis...

Polis Tahan 8 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang disyaki terlibat...

Polis Melaka Minta Salur...

MELAKA – Polis Melaka meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penipuan...

Zahid Minta Khairy Menangkan Dulu Sungai Buloh

BAGAN DATUK – Khairy Jamaluddin Abu Bakar diingatkan untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh terlebih dahulu sebelum berhasrat menjadi Perdana Menteri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, fokus perlu diberikan kepada gerak kerja memperkuatkan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan imej parti.

“Kita boleh berbeza pendapat, tetapi kalau membuat tuduhan atau hanya memproksikan diri kita, kononnya terbaik, terpandai dan bijaksana, ertinya itu perasan.

“Sekarang ini bukan masanya membangkitkan perkara remeh temeh. Kita patut tumpukan perhatian memenangkan calon-calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan komuniti masyarakat Cina di Hutan Melintang di sini pada Jumaat.


Ahmad Zahid yang juga penyandang Parlimen Bagan Datuk mahu Khairy membuktikan mampu menyumbangkan kerusi kepada BN bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan.

“Saya memberi peluang kepada beliau sekali lagi untuk bertanding di Sungai Buloh walaupun itu bukan tempat beliau.

“Maka beliau harus bekerja keras untuk menyumbangkan satu kerusi di Sungai Buloh bagi Barisan Nasional membentuk kerajaan,” katanya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu bagaimanapun berkata, ia bukanlah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika BN mendapat mandat rakyat membentuk kerajaan dan beliau boleh menunggu untuk memimpin parti dan negara.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori