Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

1MDB: Pembelaan Najib Kemuka...

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk...

Krisis MB Perlis Tamat,...

BERKAT 10 malam terakhir Ramadan... Kemelut di Perlis yang bergolak sejak 25 hari...

Siasatan Video Dikaitkan Dengan...

KUALA LUMPUR - Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video yang dikaitkan dengan seorang menteri...

APMM Tahan 14 Bot...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur telah menahan sebanyak 14...

25 Orang Terperangkap Banjir Di Polumpung

Kota Belud : Seramai 25 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap banjir di pusat peranginan Polumpung, Kampung Melangkap Baru, di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, lima lelaki dan 20 wanita terperangkap selepas jalan raya dinaiki air dan kenderaan tidak dapat melaluinya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.28 petang.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Sebaik tiba, pasukan bertindak membuat pemeriksaan di kawasan yang dinaiki air dan keadaan mangsa, serta menasihati mereka supaya bergerak ke tempat selamat.


“Operasi mengeluarkan mangsa dari kawasan itu dijalankan pada 6 pagi tadi, menggunakan sistem hauling.

“Semua mangsa seramai 25 orang dikeluarkan pasukan bomba dengan selamat dan ditempatkan sementara di homestay berhampiran, selain ada yang diambil keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, air semakin surut namun enam kenderaan pelbagai jenis milik mangsa masih terperangkap.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori