MELAKA – Seramai 5,000 kakitangan awam negeri ini akan menerima peruntukan bantuan khas berjumlah RM10 juta yang diberikan secara berperingkat bermula bulan ini sehingga April tahun hadapan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bayaran pertama bantuan khas sebanyak RM700 akan disalurkan pada bulan ini.
“Sebagai menghargai peranan 5,000 penjawat awam negeri yang banyak membantu menaikkan imej Melaka, kerajaaan negeri akan mengagihkan bantuan kewangan dengan implikasi hampir RM10 juta.
“Bayaran bantuan pertama sebanyak RM700 akan diagihkan pada bulan ini. Keduanya, mereka akan menerima bayaran setengah bulan gaji yang dibuat dua kali pada Februari dan April 2023,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan Bajet Melaka 2023 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Melaka di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berharap dapat membantu meringankan beban penjawat awam dalam menanggung perbelanjaan bagi permulaan persekolahan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun depan.
Kosmo-