Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pijak Tapak Patung Buddha,...

BINTANG bola sepak dunia dan tonggak pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo baru-baru ini...

Anggota URB Patah Kaki,...

KEPALA BATAS - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki dan...

Sarawak Selamat Daripada ‘Zon...

KOTA BHARU – Kemenangan ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium...

Akta Kebebasan Maklumat Pastikan...

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar...

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

SEOUL: Sekurang-kurangnya enam mangsa terbunuh selepas sebuah bas dan trak terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah terowong lebuh raya di pinggir Seoul, kata pihak bomba kepada AFP.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Media tempatan memaparkan laporan kemalangan itu, menunjukkan api menjulang disusuli kepulan asap tebal keluar dari terowong, ketika ratusan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api.

Kebakaran bermula selepas sebuah bas bertembung dengan trak sekitar jam 1.50 tengah hari di terowong lebuhraya di Gwacheon, menurut pegawai bomba di jabatan Bomba Gwacheon.

Terowong bertingkat yang seni binanya dibentuk bagi melindungi bangunan di sekitarnya daripada pencemaran bunyi, dengan pantas diselubungi api, berdasarkan imej yang dipaparkan media tempatan.


“Kami sedang melakukan carian di dalam terowong sekiranya masih ada mangsa yang tertinggal,” kata pegawai bomba yang turut memaklumkan sekitar 20 orang dirawat kerana terhidu asap.

Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-min, menggesa sumber maksimum digerakkan bagi menyelamatkan nyawa, lapor agensi berita Yonhap.

“Saya menggesa pihak berkuasa melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan nyawa mereka yang masih terperangkap,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori