Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah,...

KUALA LUMPUR - Ruang aktiviti kokurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)...

Pusat Hiburan, Pelacuran Di...

KUALA LUMPUR - Tindakan licik sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung...

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa...

KOTA BHARU - Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai esok...

PFP Bakal Bertanding 13...

GEORGE TOWN - Penang Front Party (PFP) bakal bertanding di 12 kerusi Dewan...

Ahmad Zahid, Fadilah Dilantik Sebagai TPM

PETALING JAYA : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelantikan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk manakala Fadilah merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya diumumkan oleh Anwar dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Kewujudan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan.

Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.


Sebelum ini, sewaktu sidang media pertama sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan masing-masing akan diisi wakil BN dan GPS selaku parti terbesar selepas PH.

Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti BN (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta disokongan parti-parti lain sekali gus kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori