PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri hingga pukul 3 petang ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, amaran itu melibatkan negeri di Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Pahang melibatkan satu kawasan iaitu di Kuantan manakala Sarawak di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu dan Miri.
“Turut mengalami ribut petir di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat, turut terlibat Labuan,” katannya.
-Kosmo Online