Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Roboh Rumah: Azmin...

PUTRAJAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar...

Mahkamah Shah Alam Jadi...

SHAH ALAM - Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini menjadi tumpuan lebih 50 pengamal...

Johor Bakal Kuat Kuasa...

JOHOR BAHRU - Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang,...

Pemandu Lori Didakwa Rogol...

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas...

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang pelajar sekolah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tindakan tersebut dikeluarkan selepas Anwar menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar dikenali sebagai Tejess Kanakaraju yang mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan individu di sekolah.

Menerusi surat itu juga, Tejess turut mendakwa gurunya bersifat rasis dan dia mahu Anwar menghentikan budaya rasis tersebut.

“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya Tejessh Kanakaraju. Hari ini sekumpulan orang telah membuli saya dan guru telah berlaku rasis terhadap saya.

“Saya menulis surat ini kerana saya mahu anda hentikan rasis,” tulisnya pelajar berkenaan.


Susulan itu Anwar menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap surat pelajar berkenaan.

Jelas Perdana Menteri, beliau akan mengarahkan Menteri Pendidikan untuk menyiasat perkara tersebut dengan segera.

“Terima kasih anakanda. Saya akan mohon Kementerian Pendidikan yang kini dikepalai YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,”tulis Anwar.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori