Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kes Rosmah Dapat Perhatian...

KUALA LUMPUR – Media sosial dan portal berita menjadi tumpuan netizen dalam dan...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pagi...

Bekas Guru Besar Dipenjara...

SHAH ALAM: Bekas guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) dipenjara sehari dan denda...

Botol Minuman Beraroma Buah...

SALAH satu cara paling berkesan untuk melangsingkan badan adalah dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau...

Anwar Raikan Kunjungan Hormat Delegasi TPM Thailand

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Deligasi lawatan khas ke Malaysia itu tiba di Seri Perdana kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dan disambut oleh Anwar serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar dan Prawit seterusnya mengadakan perbincangan selama hampir dua jam sebelum meraikan Prawit serta delegasinya yang turut disertai oleh Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Chaichan Changmongkol dalam satu majlis makan tengah hari.

Perdana Menteri berkata, perbincangan beliau bersama Prawit antara lain menyentuh mengenai insiden letupan bom mengakibatkan sebuah kereta api barang yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir pada 6 Disember lalu.


“Menerima kunjungan hormat sahabat saya di Seri Perdana tengah hari tadi. Saya turut mengambil kesempatan memperkenalkan Datuk Seri Mohamad dan Datuk Seri Saifuddin Nasution kepada beliau.

“Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang cukup baik sejak sekian lama dan saya menzahirkan harapan agar ia terus diperkasa melalui kerjasama dalam pelbagai lapangan,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial media hari ini.

Malaysia dan Thailand telah menjalinkan hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan malah negara Gajah Putih itu juga merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori