Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Rakyat Sudah Tiada...

PETALING JAYA - Pengundi muda akan memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang di...

Exco DAP Tak Setuju...

PULAU PINANG - Chong Eng tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menurunkan dua...

De Gea Masih ‘Bengang’...

DAVID de Gea bertindak 'menyimpan' tangannya dalam kocek seluar ketika rakan-rakan yang lain...

Jamal Direman 5 Hari...

AMPANG - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang ditahan...

Anwar Saman Dua Individu Sejak Jadi PM

SHAH ALAM – Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaman dua individu dan kesemuanya adalah pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa kedua-dua pemimpin itu memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Mereka ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pesuruhjaya Pas Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol, Razman Zakaria.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan itu terhadap Muhyiddin kerana membuat tuduhan palsu di dalam video kononnya beliau ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor telah membuat tuntutan sebanyak RM15 juta.

Bagaimanapun, Pejabat Menteri Besar Selangor telah menafikan dakwaan berkaitan tuntutan RM15 juta tersebut dan menegaskan bayaran simbolik yang diterima Anwar hanyalah RM1.

Media pada Rabu lalu melaporkan Anwar terlebih dahulu mengemukakan notis terhadap Muhyiddin agar Ahli Parlimen Pagoh itu memohon maaf tanpa syarat kerana didakwa menerima bayaran jutaan ringgit itu.

Anwar turut menuntut Muhyiddin menarik balik video ucapan semasa ceramah Grand Finale PN Padang Serai yang mengaitkan namanya di aplikasi TikTok di bawah nama @beritakini8 selain memadam atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah.

Muhyiddin turut dituntut membuat aku janji bertulis untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam video tersebut selain perlu membayar ganti rugi.


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diberikan tempoh tiga hari dari tarikh penerima notis berkenaan pada Rabu lalu, namun sehingga Jumaat, tidak dilaporkan ada sebarang maklum balas daripada beliau.

Razman pula disaman berhubung ucapannya yang mengaitkan Anwar dengan dakwaan membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.

Selain itu, Anwar turut mengemukakan notis tuntutan kepada Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hasim juga atas tuduhan beliau menerima bayaran RM15 juta.

Notis tuntutan yang meminta bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu memohon maaf tanpa syarat atas dakwaan yang dikeluarkan dikemukakan pada Khamis.

Ahli Parlimen Tambun berkenaan juga menuntut Ahmad Amzad meminta maaf kerana mempertikaikan pengampunan yang diperoleh bagi sabitan kes beliau dan memberi masa lima hari daripada tarikh penerimaan notis untuk memberi maklum balas.

Semua saman dan notis tuntutan terbabit dikemukakan Anwar, 75, atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan SN Nair & Partners.

Tindakan Anwar mengemukakan saman dan notis tuntutan itu dilihat bagi membersihkan namanya daripada semua tuduhan yang dilemparkan sejak kebelakangan ini.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori