Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UTM Boleh Perbaiki Kedudukan...

JOHOR BAHRU - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh percaya Universiti Teknologi...

Calon PAS Dedah Tidak...

KUALA LUMPUR - Calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad mendedahkan beliau sebenarnya tidak pernah...

Tiada Lagi Kilang Kimia...

JOHOR BAHRU - Sebarang permohonan untuk membina kilang kimia baru di Pasir Gudang...

‘Harta Saya Dikikis, Duit...

AGAK terkejut kami mendengar kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari...

Apakah PCB?

Mungkin ada yang masih kurang memahami apakah Potongan Cukai Bulanan (PCB) dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terutama dalam kalangan golongan muda yang baru menamatkan pengajian dan memasuki alam pekerjaan.

Menurut LHDNM, PCB adalah satu mekanisme di mana majikan membuat potongan gaji pekerja secara bulanan bagi tujuan pembayaran cukai pendapatan pekerja.

Dalam bahasa mudah, anda telah membayar cukai pendapatan setiap bulan terlebih dahulu yang mana ianya akan mengurangkan beban anda kerana tidak perlu membayar cukai pendapatan secara `lump-sum’ atau sekali gus.

Ini ibarat anda membeli kereta dan membayarnya secara bulanan berbanding anda membeli kereta dengan membuat bayaran penuh dengan satu bayaran.

Meskipun PCB adalah potongan `in advance’ terhadap cukai yang DIANGGARKAN ke atas anda setiap bulan, tetapi anda layak untuk mendapatkan `Refund” jika terlebih `potong’.

Sebab itu sekali dalam setahun anda diminta mengemukakan Borang Nyata (BN) kepada LHDNM untuk kiraan sebenar cukai pendapatan anda.


Pendapatan yang layak dikenakan PCB antaranya termasuk gaji, upah, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, tip, bonus/insentif, perkuisit, ganjaran, pampasan kerana kehilangan pekerjaan dan lain-lain.

Penentuan amaun PCB boleh ditentukan sama ada dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer atau merujuk kepada e-Jadual PCB melalui e-CP39 di laman web LHDNM.

Pengemukaan Penyata PCB boleh dibuat melalui e-Data PCB / e-PCB / e-CP39 yang disediakan secara percuma di portal rasmi LHDNM @ www.hasil.gov.my (MyTax > Perkhidmatan ezHasil).

Justeru, golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan dan mendapati gaji `dipotong’ PCB, jangan bimbang kerana itu adalah potongan untuk cukai pendapatan anda. PCB tersebut bukanlah jumlah cukai yang muktamad perlu dibayar kerana ia bergantung kepada pelepasan cukai yang anda tuntut semasa membuat pengisian e-Filing nanti.

Jika cukai yang dikenakan ke atas anda kurang daripada jumlah PCB yang telah dibuat, anda akan menerima refund. Jadi, jangan takut untuk lapor pendapatan kepada LHDNM.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori