Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

8 Lagi Mayat Penumpang...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui lapan lagi mayat lelaki...

Lebih 100,000 Sertai Perarakan...

GEORGETOWN - Lebih 100,000 penganut agama Hindu serta pelancong dari dalam dan luar...

2 Lelaki Ditahan Tawar...

KUANTAN - Polis menahan dua lelaki disyaki memperdayakan seorang ahli perniagaan dengan menawarkan...

Insiden Letupan: PM Jepun...

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dipindahkan dari sebuah pelabuhan di Wakayama selepas...

Banjir: 4,300 Masih Berlindung Di PPS Dua Daerah Di Kelantan

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 4,300 orang yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini berbanding 5,585 orang malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 1,285 mangsa.

Menurutnya, daripada angka itu, ia melibatkan sebanyak 1,412 buah keluarga dan ia menurun berbanding 1,835 keluarga malam tadi.

“Daerah Pasir Mas masih menempatkan seramai 3,118 mangsa dan Tumpat seramai 1,182 orang.


“Sungai-sungai utama di Kelantan termasuk Sungai Kelantan, Sungai Semerak, Sungai Lebir, Sungai Pergau dan Sungai Lanas menunjukkan bacaan menurun hari ini,” katanya.

Tambah Mohd. Hanif, Sungai Golok di Jenob sudah mencatatkan bacaan normal manakala Rantau Panjang dan Jenob masih menunjukan paras amaran.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori