Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Saman Anwar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 10 Julai...

13 Kelebihan Hebat Yang...

WALAUPUN namanya sering kali dikaitkan dengan pelbagai isu-isu kontroversi namun ada juga kelebihan...

GAMBAR SANTAI : Aksi...

KEBIASAANNYA, kita lihat kucing hanya tidur dalam sangkar tapi kini tak lagi kerana...

Ibu Muda Ditahan Lakukan...

JAKARTA : Seorang ibu muda di kawasan Rawasari, di Kota Jambi dinamakan sebagai...

Banjir: Budak Perempuan 2 Tahun Korban Pertama Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas di Kampung Apal, Jerteh, Besut dekat sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mayat mangsa, Nur Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya pada pukul 3.40 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak perempuan itu berada di rumah ibu saudaranya yang terjejas banjir.

Beliau berkata, sebelum kejadian, ibu saudara mangsa sedang berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 3 petang.

“Dia tidak menyedari kanak-kanak tersebut dipercayai keluar melalui pintu dapur.
Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus banjir.


“Kehilangannya hanya disedari kira-kira 40 minit kemudian. Orang kampung menjumpai mayat mangsa terapung di dalam parit berkenaan terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohaimi berkata, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, sewaktu kejadian kawasan rumah ibu saudara mangsa itu dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

“Saya menasihatkan ibu bapa dan penjaga lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka pada musim tengkujuh ini,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori