Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Orang Ramai Diingatkan Jauhi...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dan penjaga digesa menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi...

PRN Johor: PAS Masih...

MARANG – Pas masih belum berputus asa untuk memujuk Barisan Nasional bagi menjalin...

Cap Palsu: 3 Lagi...

KUALA LUMPUR - Tiga ejen sindiket urusan cap palsu imigresen yang ditahan Suruhanjaya...

Enrique Cedera Terkena Bilah...

PENYANYI Enrique Iglesias mengalami kecederaan ringan ketika sedang menjayakan konsertnya di Tijuana, Mexico,...

Banjir Di Kelantan Makin Baik

KOTA BHARU : Situasi banjir yang melanda sembilan jajahan di negeri ini semakin baik apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan kepada 24,297 orang berbanding 25,131 petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata setakat pukul 8 pagi tadi jumlah mangsa itu terdiri daripada 7,623 keluarga.

Menurutnya, Pasir Mas kekal menjadi jajahan paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 13,395 mangsa diikuti Tumpat (4,522 mangsa), Pasir Puteh (4,214 mangsa) dan Bachok (1,119 mangsa).

“Sementara di Kuala Krai 679 mangsa banjir berlindung di PPS, Tanah Merah (154) Kota Bharu (144), Machang (53 mangsa) dan Jeli (17),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dalam perkembangan lain Mohd. Hanif berkata, dua batang Sungai Golok masing-masing di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras bahaya.

Katanya, Sungai Kelantan masing-masing di Tualang (Kuala Krai) dan Kuala Krai berada pada paras berjaga-jaga.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori