Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RTM Rai Ulang Tahun...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada Khamis melakar detik bersejarah meraikan...

Serah Dokumen, DNA, Bedah...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 25 Oktober...

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah...

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya...

Pelajar Malaysia Lemas Di...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 21, dilaporkan lemas...

Banjir: Jalan Machang-Kota Bharu Ditutup Untuk Kenderaan Ringan

MACHANG – Jalan Machang-Kota Bharu di Pulai Chondong di sini, dinaiki air setinggi 0.5 meter susulan daripada hujan lebat yang melanda seluruh negeri Kelantan sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, laluan utama sepanjang 800 meter itu ketika ini ditutup untuk semua kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menurutnya, selain jalan itu, laluan masuk ke lima buah kampung di daerah ini juga dinaiki air sehingga menyebabkan penduduk terputus hubungan.

“Jalan Belukar Panjang – Paloh Rawa sepanjang 300 meter dinaiki air setinggi 0.5 meter, Jalan Kampung Pertok Temangan-Kampung Pangkal Chuit Machang dan Jalan Pengkalan Kunyit – Mata Ayer sejauh 400 meter turut dinaiki air 0.5 meter air.


“Jalan Kolam ke bandar Machang juga dinaiki air 1 meter, Jalan Labok ke Kolam Air Panas pula ditenggalami air sedalam 1.5 meter dan Jalan Padang Kelumpang ke Kampung Kelaweh turut dinaiki air 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Menurut Mohd. Adli, orang ramai diminta untuk mematuhi arahan pihak polis dan sentiasa berwaspada terhadap situasi banjir.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori