Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bantu Kerajaan Negeri, Operator...

PEKAN - Kerajaan Persekutuan merancang untuk membantu kerajaan negeri dan operator pengurusan air...

MH370 – Pencarian Pesawat...

Kawasan pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini tertumpu di Lautan...

Rangka Kerja Pendaftaran Ganja...

Kerajaan akan memperkenalkan rangka kerja untuk pendaftaran produk berasaskan kanabidiol (CBD), bahan aktif...

Mayat Kanak-Kanak Jepun Mati...

Polis Kobe menahan seorang lelaki berusia 47 tahun semalam berikutan penemuan mayat seorang...

Banjir: Mangsa Di Kelantan Tinggal 17 Orang

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan ketika ini tinggal 17 orang daripada lima buah keluarga yang masih ditempatkan di sebuah pusat sementara (PPS) di Pasir Mas hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 39 mangsa daripada 12 keluarga pagi tadi.

Menurutnya, kesemua 17 mangsa yang masih terjejas itu merupakan penduduk di Pasir Mas.

“Mereka terdiri daripada lima buah keluarga yang berlindung di PPS Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh.


“PPS Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha yang menempatkan seramai 14 orang mangsa membabitkan tujuh buah keluarga ditutup sepenuhnya petang ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Hanif, paras air di sungai-sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir berada pada paras normal.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori