Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MB Johor Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pemergian...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu...

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan...

PDRM Tingkat Kawalan Kedutaan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di kawasan sensitif khususnya di bangunan kedutaan Korea...

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Pengguna di beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah...

Banjir: Penduduk Pasir Puteh Gusar ATM `Tiada wang’

PASIR PUTEH: Rata-rata penduduk di daerah ini bimbang apabila mereka kini kehabisan wang tunai selepas kebanyakan bank di daerah ini masih ditutup ekoran terjejas banjir sejak lima hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai yang berkunjung ke beberapa bank utama di sini untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pulang hampa apabila institusi kewangan itu ditutup.

Seorang suri rumah, Fatimah Ismail, 35, berkata, keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan wang tubai untuk membeli susu dan lampin anaknya selain barangan dapur.

Menurutnya, pembelian di kedai runcit di daerah ini memerlukan pembayaran tunai sehingga terpaksa ke pasar raya untuk menggunakan kad debit bank.


“Saya harap operasi bank yang tergendala tidak berlanjutan kerana ia akan menyusahkan pengguna mengeluarkan wang tunai untuk berbelanja. Kebanyakan warga emas tidak pandai menggunakan kad debit untuk membeli barangan.

“Keperluan wang tunai juga amat penting oleh mangsa banjir bagi membeli peralatan membersih rumah selain untuk membeli keperluan asas. Saya berharap bank-bank di sini dibuka seawal mungkin untuk keperluan pelanggan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori