Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyeru orang ramai:
Ikuti Mynewshub: Telegram
“JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT PRIHATIN, BANTULAH NEGARA MEMBANTERAS PENGELAK CUKAI PENDAPATAN”
Benar. Bantuan anda amat diperlukan untuk membanteras pengelak cukai pendapatan kerana implikasi mengelak cukai pendapatan amat besar.
Bukan sahaja akan memberi kesan yang tidak baik kepada negara, malah boleh memberi impak kepada anda sebagai anggota masyarakat Malaysia.
Untuk rekod, sehingga 31 Julai lalu sahaja seramai 186,346 individu termasuk pengarah syarikat dikenakan tindakan sekatan perjalanan.
Berikutan kegagalan mereka menjelaskan tunggakan cukai kepada kerajaan dengan jumlah amaun tunggakan cukai berjumlah RM12.9 bilion.
Jumlah itu cukup besar manfaatnya kepada rakyat dan negara jika ia dapat digunakan program-program pembangunan pada masa hadapan.
Statistik 186,346 individu ini adalah mereka yang dapat dikenal pasti, tidak termasuk mereka yang mungkin masih bersembunyi daripada dikesan LHDNM.
Justeru, ayuh kita bersama menyatakan komitmen bagi membantu LHDNM membanteras gejala lari cukai demi kemakmuran tanah air.
Caranya cukup mudah iaitu menjadi `mata dan telinga’ LHDNM dan memberi maklumat jika mengetahui berlakunya aktiviti pelarian cukai
Maklumat yang diberikan tersebut, berkemungkinan dapat membantu memberi keadilan kepada lain-lain pembayar cukai.
Laporan boleh dibuat melalui:
1) Emel: [email protected] (Aduan Pelarian Cukai)
2) Urusan di Pejabat: Hadir ke Unit Perisikan Dan Profiling (UPDP) di Pejabat Pengarah Negeri atau pejabat Cawangan Siasatan (CSi), LHDNM yang berdekatan.
3) Menulis surat kepada Seksyen Aduan dan Sumber, Bahagian Perisikan Jabatan Perisikan Dan Profiling Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Aras 3, Menara 2, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Butiran maklumat pelarian cukai yang diperlukan :
1) Nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh
2) Bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan
3) Dokumen rujukan (jika ada)
4) Maklumat lain yang penting atau berkaitan
-Mynewshub