Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

300 Akhbar AS Selar...

WASHINGTON – Lebih daripada 300 akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam membuat penegasan...

Kes Baharu Covid-19 Boleh...

BILANGAN kes baharu bagi jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) mungkin boleh meningkat dalam tempoh...

Ahli Parlimen Perlu Dukung...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Tertidur Dalam Mesyuarat, Menteri...

MENTERI Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-chol dilaporkan dibunuh hanya disebabkan tertidur ketika menghadiri...

Bekalan Telur Ayam Masih Belum Pulih

Kuala Lumpur : Bekalan telur ayam di beberapa premis di Selayang, di sini, masih belum pulih sepenuhnya apabila terdapat premis mengalami kekurangan stok sejak dua hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan Harian Metro mendapati telur ayam kehabisan stok dan ada premis kehabisan bekalan itu seawal 10 pagi hampir setiap hari.

Harga jualan untuk satu papan telur ayam antara RM13.50 hingga RM12.30 untuk gred A, B dan C, manakala ada juga premis yang menjual harga lebih mahal berbanding harga biasa.

Pekerja swasta dikenali sebagai Nabilah, 30, berkata dia hairan melihat bekalan telur masih belum pulih sedangkan dilihat banyak di premis apabila pihak berkuasa melakukan pemeriksaan seperti dilaporkan media sebelum ini.

Menurutnya, dia yang datang ke pasar raya untuk membeli satu papan telur ayam gred biasa mendapati ia sudah kehabisan stok kecuali bekalan telur ayam Omega.

“Saya percaya bekalan telur memang ada sebab apabila pihak berkuasa datang periksa penuh pula bekalan itu. Mungkin sebab ramai sangat yang beli atau ada had pembelian untuk sehari.

“Tetapi nak beli telur sepapan untuk gred biasa memang agak sukar ketika ini dan saya beli telur ayam satu pek yang ada 10 biji saja,” katanya.

Peniaga kedai makan, Rahimah Hashim, 48, mengakui bekalan telur ketika ini berkurangan berbanding lebih tiga bulan lalu.


Bagaimanapun katanya, harga telur ketika ini sedikit mahal, berbeza kira-kira RM1 hingga RM2 untuk sepapan telur mengikut gred.

“Setakat ini saya tiada masalah mendapatkan bekalan telur, cuma kalau dahulu boleh dapat lima papan sehari tetapi sekarang tiga papan sahaja.

“Sebenarnya telur ayam ada setiap hari biarpun agak kurang tetapi kita kena cepat. Selalunya jam 10 pagi sudah habis sebab ada pasar raya dibuka awal dan lori jual telur ayam ada yang buka 2 pagi, sebab itulah telur cepat habis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Azman Adam berkata, isu itu berlaku hampir di semua tempat dan sebahagian tempat keadaannya semakin baik sekarang ini.

Katanya, pihaknya yang mengawal harga di pasaran dan borong juga ada menerima aduan berhubung perkara itu.

“Apabila perkara (masalah) itu ada di pasaran, kita akan cuba memantau. Kita akan lihat dan susun dengan pembekal jika dapat aduan untuk mendapatkan penjelasan kalau tidak hantar (bekalan).

“Ia bergantung kepada banyak perkara, dari segi pengangkutan dan pembayaran dan kreditor, bekalan ini ada banyak faktor dan selesaikan ikut isu (termasuk dengan pihak berkaitan),” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori