Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pilihan Raya Negeri Sarawak...

KUCHING - Pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal diadakan pada 7 Mei...

Doktor Nyanyi, Menari Rap...

PAKAR bedah kosmetik, Dr. Windell Boutte kini berdepan tuntutan saman selepas dia dirakamkan...

Ahli Parlimen, Parti Komponen...

Johor Bahru : Parti komponen tidak boleh meninggalkan gabungan disertai mereka bagi menyokong...

36 Rumah Rosak Dalam...

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda...

Belum Ada Keputusan Presiden, Timbalan Presiden Dipertandingkan

PONTIAN – Tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini, sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bakal dipertandingkan atau tidak, pada pemilihan akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada sebarang ketetapan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhubung perkara itu, ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas yang akan diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berlangsung iaitu pada malam 12 Januari nanti.

“Itu (sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan) kita tunggu. Tidak ada sebarang keputusan mengenainya setakat hari ini.

“Namun saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini, kerana kita masih ada masa sebelum PAU diadakan Januari nanti.

“Kita tunggulah. Januari nanti MKT UMNO ada mesyuarat bulanan seperti biasa dan satu lagi kita ada Mesyuarat Khas MKT yang secara tradisinya akan diadakan pada malam sebelum PAU diadakan.

“Mesyuarat Khas MKT kali ini akan diadakan pada malam 12 Januari sebelum PAU diadakan keesokannya. Malam itu mungkin akan diputuskan mengenai perkara itu,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, di Api-Api, di sini, pada Isnin.

Pada Ahad, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, dilaporkan berkata UMNO akan menempah episod hitam sekali lagi jika jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan.

Muhamad Muqharabbin dilaporkan berkata, kedua-dua jawatan berkenaan wajar dipertandingkan dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Pada 9 Disember lalu, UMNO menafikan terdapat perbincangan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 7 Disember juga tidak menyentuh perkara itu.

-Sinar Harian

1 komen

  1. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori