Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nas-T Dah Nak Kahwin,...

PELAKON Nas-T sebelum ini mengakui bahawa dia sedang selesa berkawan dengan Atita Haris, seorang...

Semangat Nak Raya, Jari...

KUANTAN: Keasyikan seorang remaja lelaki memasang pelita bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri menjadi pengalaman...

Inkues Adib: FRU Tidak...

SHAH ALAM - Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tidak dapat menyuraikan perusuh semasa...

Niat Sindiket Ah Long...

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti...

Bot Tempatan Dikendali Warga Myanmar Ditahan

GEORGETOWN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendali lima kru warga Myanmar di perairan negeri ini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua mereka ditahan ketika agensi berkenaan melakukan rondaan Op Tanjung di kedudukan 62 batu nautika barat Pulau Kendi, di sini, pada jam 9.13 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata terdahulu bot nelayan kelas C2 itu dikesan menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendali lima kru pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 20 hingga 43 tahun.

“Bot berkenaan didapati berpangkalan di Pantai Remis, Perak.


“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, bot serta kesemua kru termasuk hasil laut yang dianggarkan seberat 150 kilogram (kg) itu dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung, di sini.

Kesemua mereka kemudian diserah kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori