Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Jenayah Antarabangsa Akan...

THE HAGUE, Belanda – Rusia akan disiasat kerana disyaki melakukan jenayah perang dan...

Laporan Pemerdagangan Orang Tidak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan banyak laporan berhubung pemerdagangan orang...

UTeM Sokong Selaras Penggunaan...

MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyokong inisiatif kerajaan negeri menyelaras penggunaan...

Khairul Hafiz Lengkapkan Kejayaan...

KUCHING - Acara olahraga temasya Sukma kali ini dianggap yang terbaik selepas 18...

Buktikan PN Dapat Dana Syarikat Judi

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengemukakan bukti yang menunjukkan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut serta menyifatkan ia sesuatu yang tidak munasabah kerana aktiviti perjudian langsung tidak dibenarkan di bawah kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran PN.

“Kerajaan Kelantan tutup judi, kerajaan Terengganu dah tutup premis judi, di Kedah pun dah tutup premis judi, Perlis pun, insya-Allah, tutup premis judi, tiba-tiba Perdana Menteri menyebut syarikat perjudian bagi dana kepada PN.

“Sebagai Perdana Menteri, kamu boleh arahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat. Polis bawah kamu, gerak khas bawah kamu macam saudara saya dari Ahli Parlimen Hulu Langat kata. Dah terus siasat sahajalah, tak cukup siasat 24 jam..tambah sebelah malam bayar overtime, cari di bank mana, takkanlah semua itu dibuat di transaksi luar negara, nak bayar tukang pacak bendera dan sebagainya.

“Rancanglah untuk kebaikan negara, tak payah main persepsi, kalau betul ada…siasat dan terus buat dakwaan di mahkamah, terus buktikan kerana kamu ada semua agensi bersama kamu untuk laksanakan forensik audit tapi kalau tak ada, jangan buat fitnah, jangan buat persepsi,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Anwar membatalkan keputusan kerajaan terdahulu yang meningkatkan cabutan khas nombor ramalan sebanyak 22 kali setahun, sebaliknya, mulai 1 Januari 2023, cabutan khas perjudian akan diadakan sebanyak lapan kali sahaja.


Namun, Anwar turut mendakwa, ada parti yang berasaskan Melayu atau parti Islam menerima dana daripada syarikat perjudian.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin memuji tindakan Anwar mengurangkan aktiviti cabutan khas perjudian, namun meminta beliau untuk mengemukakan bukti PN menerima keuntungan hasil aktiviti perjudian.

“Usaha itu bagus tapi tak perlulah ditambah dengan fitnah. Dari dulu Pas membantah langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi. Cukai judi menunjukkan penurunan mendadak sepanjang PN memerintah kerana banyak pusat judi berjaya ditutup di negeri-negeri Pas memerintah.

“Sekarang Perdana Menteri tambah pula sentimen minta orang membayangkan PN menggunakan dana judi untuk bantu kempen PRU15. Kalau ada bukti, kemukakanlah. Kasihan, sudah jadi kerajaan pun masih ada mentaliti pembangkang.

“Alang-alang, saya nak cadang kepada kerajaan untuk hapuskan terus judi macam yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada berani?” cabar beliau.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori