Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Speaker Dewan Rakyat Terima...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menerima usul Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina...

RUU Larang Lompat Parti...

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3)...

“Sembang Semalam Hanya Tinggal...

BIDAS LAGI... Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin secara terbuka menyelar...

Penjual Telefon Dibelasah Kerana...

Nasib malang menimpa seorang penjual telefon bimbit apabila dia dipukul dan diikat oleh...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan caj 20 sen bagi beg plastik yang diperkenalkan sejak 2017.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata, kerajaan negeri membelanjakan kutipan caj itu bagi melaksanakan program ke arah kelestarian alam sekitar dan hijau.

“Kerajaan negeri menjalankan program kitar semula serta kempen dan program Mesra Alam, yang menggalakkan pengurangan penggunaan beg plastik.

“Kerajaan negeri juga memberi beg kitar semula dan bekas makanan secara percuma kepada rakyat, melaksanakan Program Sistem Pengumpalan Air Hujan, Kebun Komuniti dan pertanian secara hidroponik menggunakan hasil caj ini.

“Selain itu, kita melaksanakan pemasangan lampu solar, program pengumpulan minyak terpakai serta kempen hari tanpa kenderaan dan banyak lagi secara berterusan,” katanya kepada BH.

Semalam, Loy Sian dilaporkan berkata, kerajaan negeri bercadang menaikkan kadar caj plastik atau mengadakan hari tanpa beg plastik, berikutan peningkatan penggunaan beg plastik di Selangor.

Setakat 30 Jun lalu, kutipan caj beg plastik di negeri itu adalah RM4.8 juta dan dijangka mencecah lebih RM9 juta tahun ini.

Kerajaan Selangor merekodkan RM20 juta kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Sementara itu, pengguna yang ditemui mengutarakan pandangan berbeza berhubung isu caj 20 sen bagi beg plastik.

Kakitangan awam, Ilham Zaini, 27, berkata, masalah bebanan caj 20 sen kepada pengguna hanyalah sementara jika dibandingkan dengan timbunan sampah plastik yang mengambil masa beribu tahun untuk dihapuskan.


Malah, katanya, kerajaan negeri perlu mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar untuk kerja pelupusan bahan itu.

“Pada pandangan saya, ia perlu diteruskan (caj 20 sen). Tidak dapat dinafikan banyak aduan ramai mengenai inisiatif ini pada mulanya diperkenalkan.

“Namun, tujuan caj 20 sen ini dikenakan adalah untuk memupuk budaya membawa beg sendiri dari rumah ketika

membeli-belah dan mengajak masyarakat ke arah perubahan yang baik demi kepentingan alam sekitar negeri kita sendiri.

“Jika ada pengguna terkesan dengan caj ini, mereka boleh membawa beg sendiri dari rumah. Hanya perlu beli sekali beg kitar semula tetapi boleh guna berulang kali,” katanya.

Berbeza pula dengan Liza Nachim, 30, yang menyifatkan caj 20 sen bagi setiap beg plastik membebankan pengguna.

“Sepatutnya tidak perlu caj beg plastik sebab tidak semua ada beg kitar semula yang banyak dan mencukupi untuk bawa semua barang yang dibeli.

“Adakalanya, terpaksa juga ambil beg plastik di kaunter sebab saya sendiri akan beli barang dapur dalam kuantiti banyak untuk kegunaan seminggu atau dua minggu.

“Saya pula tinggal di rumah flat yang tinggi, bila lif rosak susah hendak angkat barang ke rumah. Mahu atau tidak, saya terpaksa beli plastik tambahan untuk semua barang yang dibeli,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori