Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Obama Minta Maaf Ekoran...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin menghubungi Ketua Doktor Amal Perubatan...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal...

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan...

Mohd. Azrif Kini Sah...

KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan kanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham kini...

Bertenang, Istiqamah Bersama Parti...

KEKAL... Semua ahli UMNO di seluruh negara diminta agar bertenang dan terus istiqamah...

China Ambil Tindakan Undang-undang Atas AS Berhubung Eksport Cip

BEIJING: China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung langkah kawalan eksport cip, lapor Xinhua yang memetik Kementerian Perdagangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AS memperluaskan konsep keselamatan negara dan menyalahgunakan langkah kawalan eksport yang menghalang perdagangan lazim antarabangsa bagi cip dan produk lain.

Tindakan itu mengancam kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, kata kementerian itu dalam kenyataan semalam.

Langkah AS itu adalah amalan perlindungan perdagangan biasa kerana ia mengganggu aturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, melanggar peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta undang-undang asas ekonomi.


Menurut kenyataan sama, ia turut menjejaskan minat global untuk pembangunan sejagat secara aman.

Kementerian itu menggesa AS supaya tidak mementingkan diri, membetulkan kesilapannya segera, berhenti mengganggu perdagangan produk berteknologi tinggi seperti cip, mengekalkan pertukaran ekonomi dan perdagangan antara China dan AS.

China juga mahu AS mengekalkan rantaian bekalan global untuk barangan perindustrian penting seperti barisan semikonduktor.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori