Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Zahid Berdepan 33 Lagi...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Menjelang Bajet 2017: Cabaran...

SYED Mahdar, seorang aktivis sosial menceritakan pengalaman mengiringi Pengarah Urusan Khazanah Holding, Tan...

Najib Bidas Tun M,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Mufti Perlis Gesa Harimau...

KANGAR - Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia digesa menarik diri daripada perlawanan...

Dasar Pendidikan Sedia Ada Diteruskan -Fadhlina

PUTRAJAYA: Dasar pendidikan sedia ada termasuk Transformasi Pendidikan yang diperkenalkan oleh pentadbiran sebelum ini, akan diteruskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bukan hanya diteruskan malah, dasar itu akan ditambah baik dengan proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada beberapa penambahbaikan daripada aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan yang perlu dilaksanakan.

“Aspirasi KPM sudah cukup jelas iaitu setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah dan budaya ini akan terus dibawa dalam Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, kementerian juga akan membuat semakan semula terhadap silibus pembelajaran tahap satu seperti desakan pakar pendidikan sebelum ini.


Sebelum ini, media melaporkan bahawa, pakar pendidikan berpendapat silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan kanak-kanak dan tidak terlalu sukar sehingga membebankan.

Menurut Prof. Madya Dr Hasnah Toran, semakan semula itu penting kerana murid tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, adalah menjadi hasrat beliau untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera malah, perkara itu akan diberi keutamaan oleh kementeriannya.

“Justeru, KPM akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak termasuk Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) bagi mendapatkan pandangan serta input bagi memastikan hasrat ini tercapai,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori