PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) dijangka mengumumkan Kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk 2022 pada pukul 11 pagi esok.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Difahamkan, pengumuman tersebut akan dibuat melalui kenyataan media dan tiada sidang akhbar dijalankan.
Pengumuman dividen ASB tersebut adalah yang pertama dibawah Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun lalu, ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, dengan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion yang memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.
UtusanOnline-