Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Budu Turut Terima Tempias...

TUMPAT - Kehadiran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor,...

Perkasa Pendidikan Seks Sedari...

KUALA LUMPUR - "Hidup mewah, hidup bergaya. Serba-serbi mahu berjenama". Gaya kehidupan sebegini...

Pesara Tentera Bawa 32,000...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Kedah menahan seorang pesara tentera...

Utusan Diperintah Bayar Ganti...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M)...

El Paso Isytihar Darurat Kerana Kebanjiran Migran

EL PASO: Darurat diisytiharkan di El Paso semalam disebabkan ketibaan ratusan migran yang tidur di jalan raya dalam suhu sejuk serta ribuan lagi yang ditangkap setiap hari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar El Paso, Oscar Leeser, berkata pengisytiharan darurat itu membolehkan pihak berkuasa bandar berkenaan memperoleh sumber dan keupayaan untuk memberi perlindungan pada migran yang melintasi sempadan Mexico.

“Kami mahu memastikan semua orang dilayan secara bermaruah. Kami mahu memastikan semua orang selamat,” katanya kepada pemberita.

Langkah itu dibuat ketika El Paso, bandar di sebelah Texas yang menjadi kubu kuat Demokratik dan mengalu-alukan kemasukan migran, bergelut sejak beberapa bulan lalu untuk menguruskan puluhan ribu migran yang melintasi sempadan Mexico.

Bandar itu berdepan kemungkinan lonjakan jumlah ketibaan migran selepas mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengarahkan sekatan sempadan COVID-19 dikenali sebagai Title 42, ditamatkan bermula 21 Disember.


AS merekodkan jumlah tertinggi migran ditahan kerana merentas sempadan AS-Mexico di bawah pentadbiran Joe Biden, sekali gus menjadi bahan serangan oleh Republikan yang mahukan dasar lebih ketat.

Agensi sempadan AS mematahkan cubaan purata lebih 2,400 migran sehari di sempadan sepanjang 431 kilometer dikenali sebagai Sektor El Paso sepanjang minggu lalu, yang juga peningkatan 40 peratus berbanding Oktober.

Meskipun pihak kerajaan memindahkan migran di El Paso ke bandar lain di AS, pusat perlindungan tempatan sudah melebihi kapasiti dan migran terpaksa tidur di jalan raya, ketika suhu menurun di bawah takat beku.

Sementara itu, timbalan pengurus bandar El Paso, Mario D’Agostino, berkata pengisytiharan darurat itu turut memberikan bandar itu tambahan pilihan pengangkutan untuk membawa migran ke lokasi lain, serta menerima bantuan tambahan daripada pihak berkuasa AS bagi ‘melindungi migran dan komuniti’.

BHonline-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori