Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Mansuh Kutipan Tol...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah...

Latiff Hantar Surat Peguam,...

Peguam kepada Abdul Latiff Ahmad telah menghantar surat tuntutan kepada juruaudit di sebalik...

Umat Islam Perlu Tapis...

KOTA BELUD - Umat Islam perlu menapis pandangan yang disebarkan oleh pihak yang...

Lukas Podolski Dipinjamkan Ke...

PENYERANG berbisa, Lukas Podolski yang kurang mendapat peluang untuk beraksi sebagai kesebelasan utama...

Elak Buat Tuntutan Palsu

Pembayar cukai dikehendaki mengemukakan Borang Nyata (BN) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setiap tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kecuali bagi pembayar cukai yang memilih Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebagai Cukai Muktamad.

Melalui BN, pembayar cukai layak untuk mendapat ‘Refund” jika bayaran cukai pendapatan bulanan yang dikenakan ke atas mereka melalui PCB didapati terlebih bayar.

Bagaimanapun jangan sesekali cuba mengambil kesempatan untuk memperdaya LHDNM bagi mendapatkan `Refund’ kerana akibatnya amat buruk.

Berikut antara tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka yang cuba menipu LHDNM berkait BN:

1) Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata 113(1)(a)

– Denda RM1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor

2) Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain 113(1)(b)

– Denda 1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor

3) Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai 114(1)


– Denda 1,000 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor

4) Tidak menyimpan rekod 119A

– Denda 300 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya

5) Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata menyebabkan terkurang cukai 114(1A)

– Denda RM2,000 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya

6) Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM 120(1)

– Denda 200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya

Justeru, elak cuba menipu LHDNM kerana LHDNM mempunyai pelbagai peruntukan undang-undang dan pegawai yang terlatih untuk mengesan penipuan anda.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori