Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Guna Alat Pengesan...

KUALA KUBU BHARU - Alat pengesan haba digunakan malam ini dalam operasi mencari...

Warga WP Disaran Kibar...

PUTRAJAYA - Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran supaya mengibar...

Video: TMJ Sindir Makan...

TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menyiarkan sebuah video pendek...

Mat Sabu Tiada Modal,...

KUALA LUMPUR - Tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang mendakwa...

Forensik, K9 Bukit Aman Bantu Siasatan Kes Bunuh Dalam Semak

KUALA SELANGOR – Unit Forensik dan Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman membantu proses siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati dibunuh di kawasan semak Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ini merangkumi pencarian senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

“Selain itu, kita sedang giat mengesan suspek yang terlibat membunuh mangsa tersebut.

“Siasatan terperinci termasuk motif sebenar kejadian turut sedang dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an disyaki warga Indonesia.


“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lelaki itu ditemukan terbaring dengan kesan kecederaan di kepala selepas polis menerima panggilan kecemasan pukul 9.10 pagi, Selasa lalu.

Penemuan mayat itu disedari seorang warga emas yang tergamam melihat objek disangka kain buruk rupa-rupanya mayat mangsa di kawasan semak berkenaan.

Sebuah motosikal Modenas berwarna putih turut ditemui berdekatan mangsa dengan jarak antara kedua-duanya kira-kira tiga meter.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori