Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

53 Pendatang Asing Tanpa...

BUTTERWORTH - Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihadapkan di Mahkamah Sesyen...

Projek Rintis Langkawi Penanda...

KOTA BHARU - Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau...

Lintah Hidup Dalam Kerongkong...

HA GIANG – Sekumpulan doktor menemui seekor lintah hidup di dalam kerongkong seorang...

KiniTV, Pengarahnya Didakwa Hantar...

KUALA LUMPUR - Portal berita video, KiniTV dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Gajah ‘Tanduk’ Penjaga Hingga Mati Di Lok Kawi

KOTA KINABALU: Seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini, meninggal dunia selepas diserang gajah pygmy, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, gajah berkenaan dikatakan menyerang bahagian perut mangsa berusia 50-an itu dengan kepalanya beberapa kali.

Ia menyebabkan mangsa cedera bahagian perut sebelum difahamkan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Kejadian turut disahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang dihubungi sebentar tadi.

Jafry berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden berkenaan.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan ketika ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan sebarang perkembangan berhubung kejadian akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

BHonline-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori