PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan dipotong 20 peratus sehingga ekonomi pulih.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kata beliau, perkara itu sudah dipersetujui oleh semua menteri dan langkah itu diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.
“Jemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.
“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun),” jelas beliau.
-Kosmo Online